Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Thalassemia Run 2025

June 27 @ 6:30 am - 11:00 am

RM15.00 – RM38.00

MAKLUMAN TERKINI (5hb Jun 2025)
Memandangkan Lokasi Larian (Kg. Marabau/Bonsiku) telah diwartakan ada kes Denggi (oleh Hospital Kudat) yang membimbangkan maka Thalassemia RUN ini ditutup penyertaan dari luar dan hanya dibuka untuk penyertaan dari Kg. Marabau dan Bonsiku sahaja.

 

Kepada sesiapa yang sudah membuat permohonan atas talian dan sudah membuat pembayaran, sila berhubung dengan kami untuk (refund) Segala kesulitan amat dikesali.

 


📅 PERKETHA Events

Di PERKETHA (Pertubuhan Kebajikan Thalassemia Sabah), setiap acara yang dianjurkan bukan sekadar program biasa — ia adalah medan penting untuk menyebarkan kesedaran, menyelamatkan nyawa dan membina rangkaian sokongan yang lebih kukuh buat para pejuang thalassemia di Sabah dan sekitarnya.

Melalui pelbagai inisiatif jangkauan komuniti, kami komited untuk:
🔹 Meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang thalassemia
🔹 Memberi sokongan dan inspirasi kepada pesakit serta keluarga
🔹 Menggalakkan penyertaan aktif rakyat Malaysia sebagai sebahagian daripada penyelesaian

Program baharu akan sentiasa dikemaskini, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan kami!

🏃‍♂️ Thalassemia Run 2025

✨ Bersama Melangkah, Bersama Menyokon

📅 Tarikh: 27 Jun 2025 (Jumaat)
📍 Lokasi: Kg. Marabau, Kudat Sabah (Laluan Trek Alam Semula Jadi)
Masa: 6.30 pagi – 11.00 pagi


💥 2 Kategori :
🏃‍♂️ Lelaki Terbuka📏 Jarak: 6.49 km – ⛰️ Kenaikan Altitud: 179 meter

 


🏃‍♀️ Wanita Terbuka📏 Jarak: 3 km – ⛰️ Kenaikan Altitud: 88 meter

 


🎁 Hadiah Wang Tunai Keseluruhan: RM1,500
📜  Sijil Penyertaan
🏅 Medal Eksklusif
 🍽 Sarapan Pagi Disediakan
👕 Dengan T-Shirt (Yuran RM38.00)
👕 Tanpa T-Shirt (Yuran RM15.00)

Hubungi Mereka untuk keterangan lanjut:
📞 +6011-2384-4543 – Tuan Jame O. G (Kudat & Matunggong)
📞 +60 19-831 4169 – Pr Donny S (Pitas & Kota Marudu)
📞 +60 16-8050 600 – En. Aery Iz (Kota Kinabalu) 


Tarikh Tutup Penyertaan:
i) 13hb Jun 2025 (Penyertaan dengan T-Shirt)
ii) 20hb Jun 2025 (Penyertaan tanpa T-Shirt)

Sila isi dan hantar Borang Permohonan anda di sini;



Setelah selesai mendaftar, sila buat pembayaran sama ada menggunakan bank transfer ke akaun BSN Pertubuhan, atau menggunakan kemudahan tiket online yang telah disediakan di  bawah;

Yuran Penyertaan juga boleh terus bank in ke:

Sila WhatsApp resit pembayaran ke, +6011-2384-4543 setelah selesai membuat bayaran, sebagai bukti pembayaran bagi mereka yang menggunakan kaedah transfer ataupun menggunakan mesin ATM.

Bagi mereka yang menggunakan pembayaran secara terus dengan PayPal ataupun menggunakan Kredit/Debit Kad,  pastikan alamat email anda adalah alamat yang betul, kerana setiap resit akan dikirim ke alamat email anda.


Acara ini dianjurkan sempena Hari Thalassemia Sedunia tahun 2025 sebagai satu usaha tahunan untuk mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran mengenai Thalassemia. Larian ini juga bertujuan memupuk gaya hidup sihat dan mempereratkan semangat perpaduan dalam komuniti.

💡 Ketahui lebih lanjut mengenai thalassemia di sini (Versi Bahasa Inggeris)
🔗 Derma Sekarang untuk menyokong pejuang Thalassemia (internal)

Details

Date:
June 27
Time:
6:30 am - 11:00 am
Cost:
RM15.00 – RM38.00
Event Category:
Event Tags:
,

Organizer

PERKETHA
Phone
+6011-2384-4543
Email
info@perketha.org
View Organizer Website

Venue

Kg. Marabau (Nature Track)
Kg. Marabau
Kudat, Sabah 89050 Malaysia
+ Google Map

Tickets

The numbers below include tickets for this event already in your cart. Clicking "Get Tickets" will allow you to edit any existing attendee information as well as change ticket quantities.
Tickets are no longer available

0 people are attending Thalassemia Run 2025

Scroll to Top